Abang,
walau kita punya bapa berbeza,
tapi kau layan kami adik-beradik tetap sama,
kasihmu tak sesekali aku lupakan,
walau macam-macam aku buatkan,
yang agak menghampakan.
Insan seperti mu abang,
tak pernah malu dan segan,
walau berdepan dengan pelbagai kesusahan,
variasi ringatan dan cabaran,
gigih kau meredah deretan perjalanan yang panjang.
Abang,
kepada aku dan adik-adik kau pernah bercerita,
tentang cita-cita,
impian nak jadik driver bas sahaja,
kami pula tergelak besar,
abang ku juga ketawa,
lantas berkata,
sekurangnya cita itu membangkitkan rasa cinta,
untuk terus berusaha,
menjadi yang lebih berjaya,
tanpa menghiraukan mulut-mulut sesiapa,
cita kau dulu impikan hanya tinggal sisa,
berbekalkan ijazah bernilai dari luar negara,
lalu mendapat pelbagai tawaran jua temuduga,
berjaya juga dia..
dialah abang saya..
pensyarah sekarang dia,
Institut perindustrian negara Malaysia.
P/s : saya ter"shopping" lagi :(
P/s : lunch dengan abang tersayang :)
2 pasang kasut tumit tinggi:
oo..baru pas mkn ngan abg terus wat entri khas utk die...xpela..sayangilah abg anda walau di mana anda berada
ye:)
hee~
Post a Comment