Friday, December 7, 2012

Tahun ke- 23


Assalamualaikum…

Alhamdulillah, pada usia ke 23 tahun ini, aku masih lagi mampu melihat keindahan alam, langit yang terbentang luas, lautan seluas alam, masih mampu menghirup udara yang dikongsi jutaan umatNya, sudah mampu mengerah tulang empat kerat dan berdiri atas kaki sendiri demi mencari sesuap nasi..

Pada usia ini juga aku kenali pelbagai jenis manusia yang punya pelbagai ragam dan variasi, dan aku patut bersyukur dipertemukan dengan mereka kerana aku mampu menjadi seorang yang lebih kuat dan matang dengan izin Allah :)

Pada usia ke 23, ini, aku teramat ingin berterima kasih kepada bonda napisah malek, kerana aku tahu pengorbanan seorang ibu untuk malahirkan, membesarkan seorang anak apatah lagi 5 orang, amat payah dan penat lelah yang tidak akan terlangsai hingga mati.. Hanya Allah mampu membalas lautan kasihmu bonda :)

Buat ayanda Ab Rahman juga tidak pernah aku lupakan.. Kerana aku tahu kerana kudrat tulang empat kerat itu lah, aku mampu berdiri seperti sekarang.. Juga tidak dilupakan pendokong belakang aku, kakanda dan adinda sekalian juga kaum kerabat dan sanak saudara juga para guru, rakan-rakan dan mereka yang mengenali.. Terima kasih yang terhingga..

Syukur kerana masih diberikan peluang untuk menikmati ke usia 23 ini..

Yang ikhlas: hambaNya yang serba kekurangan,

Solihah 7 dec 1989 : 5.45 am : 2.76kg


 "itew dapat adiah dari bos itew..tua2 dapat adiah lagi kan-kan..*tak malu betol "


xoxoxoxoxoxoxoxoxooxoxo


10 pasang kasut tumit tinggi:

shaFazie said...

bestnye
happy besday to u cik soly :D

Anum said...

alhamdullilah

krunch2sa said...

Selamat HaRI Lahir ^^

ct kektus said...

hepi besday dear. :)

Jahirah said...

slmt hari lahir....moga sentisa dirahmatiNya...amin..:)

Hafizin Jamil said...

ingat tu berapa berat time lahir..haha

amir aiman akashah said...

selamat hari lahir abg long ucapkan

Dzarief Zuhdi said...

happy birthday soly... smoga sentiasa dalam keberkataan Allah.. insyaAllah

Unknown said...

Happy Belated day...ops, tahun 2012 lagi ke? haha....:)

Mr.Superman said...

skrg da 2013,makin tua.hahaha
bila nk update ni soly oi ")

p/s: abg da tkr nama n url.