Assalamualaikum...
Selamat hari jumaat... Lama dah rasanye aku tak meringankan jejari aku yang tak runcing ni menari atas keyboard...
Hari ni, aku nak berkongsi sebuah cerita yang menyayat hati.... Sebabnya cerita ni bersangkut paut atau punya kaitan dengan aku....Alkisahnya begini..
Aku mengenali seorang hamba Allah ni.... Dia mempunyai kaitan keluarga dengan aku..... Suatu hari, aku mendengar perkhabaran bahawa dia excident..... Tangannye terkena mesin....*aku tak pasti mesin ape..... Dengar khabar lagi, tangannya hampir putus.... belah kanan.
Mak ayah mane tak berduka tatkala anak mereka ditimpa kemalangan..... Lalu bergegas mereka datang ke KL.... Kemudian hamba Allah ni dibawa ke sebuah hospital.... Pakar kat hospital tu bagitahu takde harapan sembuh tangan die....So kena potong jugak...
Tanpa putus asa, bergerak mereka berusaha mencari jalan supaya tangan hamba Allah ni dapat dibaik semula..... Pakar di hospital kedua jugak memberitahu perkara yang sama.... Walau puas dirayu, pakar tersebut tidak mehu menanggu risiko, melaingkan tangan tersebut terpaksa dipotong...
Lalu dibawa hamba Allah ni, pergi ke hospital ke 3 ..... Alhamdulillah..... tampak sinar disitu... Pakar disitu berjanji akan sedaya upaya menolong .... Sejauh mana?.... terserah sahaja.... Kita manusia yang hanya mampu merancang..Allah yang menentukan...
Dengar khabar lagi, urat di bahagian peha diambil bagi menyambungkan dibahagian lengan hamba Allah ini....Tatkala aku mendengar khabar gembira itu, aku tumpang rasa senang....
Malangnya, Allah lagi maha mengetahui... Urat yang disambungkan tu, didapati lemah... Dan lengannya yang hampir putus itu dijangkiti kuman.....Dan terpaksa dipotong....
Aku yang mendengar perkhabaran itu terkejut dan menumpang duka mereka...Dan hamba Allah tersebut terpaksa aku hidup tanpa sebahagian lengan kanannya....
Ya Allah, hebatnya dugaan yang Kau berikan pada dia.....Hamba Allah tersebut sememangnya sempurna fizikal asalnya.....Kini, dia menjadi insan paling istimewa....
Mungkin ada hikmah atau perancangan yang lain yang telah Allah aturkan untuk dia yang kita semua tak tahu... Jadi, aku berharap hamba Allah tersebut dan keluarga bersabar menghadapi segala ujian yang berlaku...
21 pasang kasut tumit tinggi:
thun ni saje sy kehilangan 3 insan terdekat
:(
Mesti ada hikmah di sebalik nya kn.
mesti ada hikmah di sebalik semua itu.. hanya tabahkan minda.. ^_^.v..
sedihnya.
mungkin ade hikmahNya
Allah nak uji kesabaran dia mungkin
yaAllah sedihnyer.. hmmm.. harap hamba Allah tu kuat semangat.. :(
Besar betul dugaan dia. Harap dia sabar dan redha dengan ujian Allah ni..
takziah buat mangsa.. semoga tabah
moga sidia tabah dan tidak berputus asa dalam menempuhi kehidupan..
Setiap yang berlaku adalah suatu ujian dan pasti ada hikmahnya, insyaallah.
banyakkan bersabar
ada hikmah di sebalik yg berlaku kita kena terima walaupon susah untuk terima
Ya Allah, besarnya dugaan buat dia.
semoga keluarga teman Soly tabah menerima dugaan ini.
Soly sbg org yg t'dekat kene bgi semangat pd dia. Segala yg berlaku pasti ada hkmahnya. Allah tak akan duga kita diluar kemampuan diri kita. Insyaallah, dia akan sembuh. Amin.
moga dia tabah..
kesiannya... semoga org tu sntiasa sabar n redha..
apa yang Allah s.w.t aturkan tak kira buruk ke baik, semuanya ada hikmahnya..
hope dia tabah harungi hari2 yang mendatang..semua kita punya badan, hanyala pinjaman sahaja..
huhuhu..sedihnya.semoga dia menjadi lebih tabah.setiap yang berlaku ada hikmahnya
memg ada hikmahnya...Allah Maha Mengetahui
assalamualaikum soly...hanya Allah yang Maha mengetahui segala2nya...:)
hanye Allah yg mengetahui segalanya
sedihnya.. rasa nak bergenang air mata membaca kisah hamba Allah ini.. betapa beratnya dugaan dan ujian yang dia hadapi..
Insya Allah, mudah2an ada sinar untuk nya.. Allah lebih Mengetahui apa yang kita tidak tahu... Ada hikmah di setiap apa yang berlaku...
mesti ade hikmahnya,harap dia tabah menghadapi ujian ALLAH...
Post a Comment