Monday, July 12, 2010

kesah Junior & senior

Salam dihulur pembuka bicara..
Pejam celik dah 1 tahun aku di Universiti kebanggaanKu. Pengajianku tinggal lagi 2 tahun..InsyaAllah.. Akhirnya, aku bergelar seorang senior sekarang..hahaha..ketawa jahat..Selamat masuk Universiti adik-adik juniorku.. Bila tengok gelagat-gelagat junior ni, , teringat la gelagat aku dikala baru menjejakkan kaki ke U pada akhir jun lepas.. Bayangkanlah hanya seminggu sahaja persiapan yang sempat dibuat selepas dapat tahu keputusan masuk Universiti. Lintang pukang la waktu tu.. Sibuk tak terkira..Pergi sahkan apa yang patut, beratur panjang kat Bank Islam untuk buat akaun bank & bayar yuran U, Buat medical checkup, pergi ambil duit daripada Yayasan & banyak lagi la.. Letih amat sangat,.. 1 lagi pengorbanan yang perlu dilakukan untuk masuk U ni.. Itu kisah seminggu nak daftar U.. Sekarang kisah seminggu sempena Minggu mesra Pelajar kalau ikutkan nama skemanya..Nama saintifik biasa orang sebut orientasi.. Minggu ni la kami-kami junior dibuli oleh abang kakak senior.. menangis,ketawa,gembira,sedih, semua ada.. Yang tak tahan tu banyak amat.. macam nak give up..tapi dah jadi mahasiswa ni, berfikir pun harus sebagai seorang mahasiswa..Betul tak? . Nak tak nak, kami semua terpaksa melalak malam-malam buta berlatih sorakan dan lagu kolej kami.. Penat amat sampai suare pun bertukar jadi ala-ala jantan dah..Ala-ala serak rockers takpe lagi..haiisshhh…Nak buat macam mana.. Ade lagi, kami kena tipu dengan lakonan yang tak berapa mantap fasilitator.. sempat lagi diorang berlakon dengan bagasi,baldi, kereta, semua cukup lengkap lah..kononya merajuk dengan kami yang tak nak dengar kata.. Diorang nak biarkan kami ,sementara tu diorang nak balik..Sedap punye senior kenakan kami yek..Aku & Roomate aku dah perasan lakonan tu..Sebab kami Nampak ade camera man yang meyorok sedang seronok merakam kami..kami nak memberontak tak boleh..kami pun berlakonlah jugak walaupun tanpa rela..Kononnya kami juga sedih apabila akak abang senior nak balik dan tinggalkan kami..Aduhh…. Walaupun kami menangis sambil ketawa dalam hati, kami pasrah jelah pabila ditipu..haiiissshh…… Kejam.. hahaha… tapi macam syok juga lah apabila kenang semua tu..
Itu lah kisah ketika bergelar seorang junior.. sekarag dah naik pangkat secara automatic..jadi senior la pulak.. setahun lagi bakal menjadi seorang super senior..bukan super junior sorry sorry eh.. ^^hhaha..
Gambateh..
Aza aza

4 pasang kasut tumit tinggi:

Unknown said...

Student UKM gak ehh...

SoLy SoLicious said...

yup..hehehe..UKM gj kew?

Dayat said...

macam ada niat nak kenakan junior pulak je?

SoLy SoLicious said...

hahahaha..niat ade..tapi xkesampaian..kecian la ble tgk diorg...hee~~