Tapi apa yang ingin saya ceritakan disini sangat membuatkan diri ini sayu dan hiba,.. Tersangat..sehinggakan air mata saya tertumpah dengan sendirinya..sedih dan pilu..Alkisahnya begini.. Terdapat seorang insan yang amat cekal,komited,rajin,patuh dan banyak lagi. Dia tidak banyak membantah.. Segala apa yang disuruh dia akan melakukanya dengan rela..Dia seorang yang betul-betul berhati mulia.. Perkara itu membuatkan saya berasa amat kagum melihat kesungguhan yang dimilikinya.. Dia berkaca mata. Tetapi amat malang baginya tak dapat digambarkan oleh saya sendiri apabila melihat keadaanya. Ketika saya dan rakan sedang berehat, ternampak dia sedang makan disuatu tempat. Kebetulan kami juga makan disitu.. Saya terperasan dia tidak berkaca mata diwaktu itu. Kemudian saya terpandang dia ingin memakai kaca mata itu. Mungkin ingin melihat suatu yang kurang jelas baginya. Tidak pasti disitu. Apabila dia terperasan saya memandangnya, dia cepat-cepat menanggalkan kaca matanya. Saya mengesyaki sesuatu disitu. Kemudian barulah saya tahu, dia sedang menyembunyikan sesuatu.. Iaitu kaca matanya patah. dia tidak dapat memakainya lagi kerana telah patah.. Air mata ini terus tidak dapat ditahan lalu mengalir jua tanpa disedari.. Tak tahu kenapa???Saya ingin bertanyakan kepadanya mengapa??kenapa??dimana??kamu ok kah??tapi hanya kaku tidak dapat berbuat apa-apa..
Sebenarnya keadaan saya apabila melihat keadaan itu tadi tak dapat digambarkan disini.. MUngkin penceritaan saya disini yang kurang baik.. Hanya ini yang dapat dikongsikan. Jadi, bagilah saya idea macam mana mahu terus bagi sokongan kepada insan ini untuk meneruskan sikapnya yang sangat baik itu. ^^ Dia memang selalu mengasingkan diri.. Tapi, dia penuh rajin,dan komited.
1 pasang kasut tumit tinggi:
siapakah? adkh ak knal??
Post a Comment