Saturday, August 6, 2011

berita : Kahwin lapan, kikis harta bini

KUALA LUMPUR: “Saya terpedaya dengan pujuk rayunya dan tidak menduga dia sudah berkahwin dengan tujuh wanita yang semuanya ditinggalkan begitu saja selepas tembelangnya pecah.

“Dia (suami) memperdaya saya kononnya bakal mewarisi harta pusaka sebanyak RM1.4 juta hasil tinggalan ibu bapanya semata-mata mengaburi saya supaya mengahwininya,” kata pemilik kedai dobi, Latifah, (bukan nama sebenar) isteri kelapan suami barunya berusia 42 tahun yang mengaku golongan atasan bagi memperdaya wanita untuk berkahwin dengannya sebelum mengikis harta mereka.

Sebelum berkahwin pada 31 Ogos tahun lalu di Thailand tanpa pengetahuan keluarga, lelaki itu mendakwa sebagai pengusaha kolam ikan keli di Teluk Kumbar, Pulau Pinang, bagi mengukuhkan pembohongannya.

“Selepas rahsianya terbongkar dia bukan orang kaya, dia mendakwa pula bekerja sebagai pegawai polis dan pegawai imigresen yang digantung kerja. Namun, itu semua dusta belaka yang digunakan suami untuk mendapatkan wang saya sebelum dia menghilangkan diri,” katanya.


Latifah berkata, sebelum berkahwin suaminya mendakwa duda beranak dua, namun hakikatnya, selepas diselidik dia sudah berkahwin dengan tujuh wanita dan kebanyakannya ditinggalkan begitu saja selepas tembelangnya diketahui isteri-isterinya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Kikislapanisteri/Article

9 pasang kasut tumit tinggi:

cucu umie said...

aishh...ramai skrng yg sudah ditpu..adkh lelki itu pkai ilmu ea..

Elih Japahar said...

Ni kes lelaki, hari tu wanita kahwin 8 kali hahaa!..macam2 ada...baca kat blog sy pulak :P

H.J said...

soly nak jadi yang kesembilan ke?haha

My Name is Mar said...

Pompuan TERLAMPAU cepat cair lah..
So, kaum wanita, sila UBAH cara anda ya..
Jadi lebih JUAL MAHAL pun takpe..
Prevent is BETTER than cure,kan?..

FOLLOW UP comment - Are U the ONE?

SoLy SoLicious said...

@H.J huhuhu.. mintak dijauhkan~

Cik Jannah said...

mntak dijauhkan . percaya dengan janji ALLAH. :)

ABU said...

orng mcm tu pun ada gak..huhu hati2..

sergeant keroro said...

macam-macam dunia sekarang

iPai said...

pergh .. dasat ye sampai 8 orang bini dia ...

ish2 .. apa nak jadi kalau dia asik tipu je ..