Wednesday, January 18, 2012

3 tahun yang kejap

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Akhirnya dapat jugak aku bukak blog dan slow merangka idea nak menaip entri.... Setelah lama membisu, akhirnya hari ni blog aku bakal bersuara.... ^^

Sedar tak sedar, kehidupan aku sebagai seorang pelajar degree sudah hampir ke penghujungnya..... Alhamdulillah, dalam masa 5 semester ni, pelbagai cabaran, suka dan duka aku lalui.... Memang kehidupan kita ni tak dapat nak lari dari dugaan kan....

Dugaan yang paling mencabar bagi aku adalah dugaan semester-semester akhir ni..... Nak melengkapkan segala jam kredit, menyiapkan kertas ilmiah dalam waktu yang ditetapkan, dan juga latihan industri (praktikal) tuk sem depan......

Exam dan habis, tesis dah siap, aku pun mula lah mengemas ape yang patut dan semua barang ku angkut bawak balik terengganu.... Harap tak ranap nak kereta abangku...... *tak sabar nak balik !.... Sedang aku mengemas, aku terjumpa nostalgia-nostalgi lama aku...... Ape, lagi, aku terus snap.....

Tak sangka, ada lagi dalam simpanan resit nombor pin UPU yang aku beli dulu ketika nak mohon U ...... Lepas tu, ade pulak tawaran yang aku dapat lepas menunggu 2/3 bulan..... Semuanya nostalgia..... Tup tup aku dah hampir 3 tahun aku kat sini..... kejap sungguh rasanya......

Aku dulu, pelajar STPM..... Tak layak nak masuk matrik... Kite ni tak pandai mana...... Lepas dapat result STPM, alhamdulillah, aku pun mulalah apply mana kursus yang menarik minat aku.....

Sebenarnya, 1st & 2nd choice aku adalah dalam bidang pendidikan.... Aku mohon UPSI dan UPM tuk pendidikan Bahasa Melayu...... Pilihan ketiga aku, kursus ekonomi di UKM..... dari no 3 hingga no 8 aku pilih semua kursus ekonomi di setiap U....

Slip resit no pin UPU.... sungguh nostalgia....

Nak dijadikan cerita, kursus pendidikan yang aku mintak dah tak nampak jalan..... Sebab aku gagal ujian Medsi..... Ujian kelayakan bagi sapa-sapa yang apply pendidikan..... Jadi aku berharap pada pilihan dalam bidang ekonomi, UKM (3), UIA (4), UPM (5) dan seterusnya....xingat.....

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat tawaran di UKM dalam bidang ekonomi..... kiranya macam 1st choice la sebab yang kos pendidikan automatik aku dah tak layak.......

Tawaran yang tersimpan...


Tu cerita 3 tahun yang lepas...... Alhamdulillah, sekarang tiada lagi exam, exam dah tamat yeaaa !!!!..... Akan datang tak tahu la... hee.......Nak sambung ke tidak, aku dalam dilema lagi..... ^^ .....

Benda yang paling penting jugak aku berjaya siapkan.... "kertas ilmiah"...... Setelah berhempas pulas selama satu semester, bersengkang mata bagai, dan sudah disemak sebanyak 2 kali, akhirnya, sebanyak 113 helai termasuk halaman lampiran berjaya di cetak dan dijilid dan di hantar kepada lecture dan jugak library fakulti.....

Satu salinan lagi tuk simpanan aku.... Itu lah bukti penat lelah kita selama satu semester siapkan tesis setebal tu kan... ^^


"Daya Saing Eskport Antara Negara-negara Asian Terpilih :
Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia "


Tiada kata mampu mengungkap kegembiraan setelah tesis berjaya disiapkan......... Lega......Sungguh kejap rupanya 3 tahun tu... ^^

p/s : praktikal pulak lepas ni... ^^

42 pasang kasut tumit tinggi:

Ezad Skytech said...

3 tahun yang penuh cabaran kan..:D

#selamat berpraktikal pulak lepas ni ye SS (^^,)

missina said...

masa sekarang ni memg cepat sgt berlalu kan,,sedar tak sedar dah nak tamat belajar,,selamat menempuh alam praktikal yer,,gud luck!

monalea said...

tahniah...berehatlah sekejap selepas ni kat kpg

najihahfara said...

selamat berpraktikal dear sis :)

Zul De Alexis said...

3 tahun tu memang sekejapkn..tanpa kita sedar..byk gak yg kita dapat dalam tempoh tiga tahun tu...suka duka semua terukir...^^

Unknown said...

BANYAK RUPANYA ISI PERJALANAN HIDUP KAMU..AKAK DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK KAMU.>:)

kurus said...

alhamdulillah ..
perjalanan yg panjang dlm mengejar ilmu , harap dpt di maanfaatkan dik ;)

Mummy-Zerry said...

a'ah mmg kejap jer 3 tahun tu.. mokcik yg dah kahwin 5 tahun lebih.. rasa macam baru 2-3 tahun.. hihi

Milzam Ghazali said...

tahniah. :)

yua said...

wah teball tu... comelnya model yg mgayakan thesis tu.. nak sign... :)

Gadis berkaca mata said...

Tahniah cik ss dah sampai ke tahap ni.!:)

Solihin Zubir said...

masih simpan lagi slip bank UPU tu? ohmai.. sy punya entah ke mana.. huhu..

merahitujambu said...

rindu zaman belajar..=)

abghani said...

Good Luck my fren

Anak Wak Mail said...

bila siap tesis memang satu kepuasan kan..tak lama lagi nak alami alam pekerjaan..good luck okeh!

Munn Jaafar said...

tahniah soly =)

ai tak sanggup dh nk bgelumang dgn buku2...otak pun da bkarat =)

Mr.Superman said...

Solehah Ab Rahman ke? :)comel..sy cuti kjp je,insyaAllah i'll b back s soon s possible.

syarifahsidrus said...

3 tahun yang penuh dengan cerita lan. lepas ni melangkah ke alam lain pulak

shaFazie said...

semoga menempuh hari2 yg berikut yg lebh mencabar..lg2 alam pkjaan..chaiyokk cik soly...semoga berjaya :D

Nadzirah Kamarazaman ( NK ) said...

tahniah cik soly:)

Abu Bagi said...

masih simpan lagi.. aku ntah mana dah..

Fasihah Supian said...

alhamdulillah, congrats :)

aniki said...

syok gile dah abih belajar..gud luck amoi...

Marina said...

tahniah berjaya siapkan tesis... :-)

Cikgu Ma said...

tahniah dh habis study...akak dah lalui zaman ni semua..4tahun lagi...ex-usim..selalu jugak tumpang syafaat guna PTSL =)

Unknown said...

alhamdulillah dah penghujung...part paling best thesis tu...xsbar nk tulis thesis gak :)

Cetusan Terkini | 6 Sikap Blogger Super !!

Sya_Merpati Putih 88 said...

tahniah...semoga terus berjaya...setelah bersusah payah, pasti kejaayan akan di miliki...

good luck..(^________^)

Zahirah said...

Wah, tebal bukan main. Menakutkan. Hoho

Unknown said...

mak ai, smpai 3 cetakkan kena buat? bnyk tu.. huhu btw congrats :D

[sutera kasih] said...

sekejap kan masa berlalu :)

ir yien 9897 said...

congrate..
palng yien tak suka buat tesis..huhuhu :)

lps nie boleh hangout ngn saya :)

semutsengal said...

tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.tahniah.

Emma said...

gud luck soly =)

Zahirah said...

Goodluck kak soly! :D

ILA HonEyBuNNy said...

tahniah...

sabar itu indah kan..;)

mumui said...

dah nk abis degree dah?? bestnyaaa.. goodluck for your future~!

Dzarief Zuhdi said...

nak pinjam tesis wat rujukan.. heheheh
tahniah ek miss soly.. :D

Unknown said...

tahniah dah nak habis belajar!hihi

ZULHILMI TEMPOYAK said...

fewit2...hahaha

soly...awat x update blog ni..
bz LI ek..huhu

budak penjara said...

ermmm..kejap je..best la tesis dh siap

Liyana Zahim said...

BIG congrats to u soli.. Long time no c.. Heheh.. Sory da lama tak jenguk kat sni... Missed u so much!

uncle gedek said...

kamu comel!