Sunday, July 31, 2011

Apek dan Aiemi jejari runcing putus tunang....

Kata-Kata Apek (khairul Fahmi Che Mat)

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.


Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Baca lebih lanjut di Harian Metro ya :)

Sumber : MyMetro

9 pasang kasut tumit tinggi:

Bui Junaidi said...

dh takder jodoh nk buat apa kan..kesian pada dorang,cinta terputus d tgh jln..huhu

My Name is Mar said...

PUTUS???
Bertunang sikit punya meriah....
Famous sana-sini...
Lastly PUTUS???

Perkara yang Selalu Terlepas Pandang oleh Blogger

kotak bulat said...

putus daa?
emm..kalau kb, mlu lah sebb satu malaysia da tau hubgan cinta dorg ni.. tp pe leh wat, da xde jodoh rasanya..ataupun blum smpai jdoh tu

izzati jerr said...

owh..bru bce.. ble kuar statement nih?? :)

Syuxer said...

xde jodoh..:(..apapun ada hikmah disebalik ini..bukan senang nak kekalkan surau sebelum membina masjid..banyak dugaan bakal menanti..

cheqwa said...

kesian diorg.huhu.xpelah,kalo ade jodoh xke mane pon...kan kan :)

KuNanGKuNanG said...

ada hikmahnye hbungan mereka putus semasa bertunang ni..kalau dah kawin nanti jadi camni,lagi susah...moga mereka tabah..

zareliqa afiqa said...

kesian..tp nak wat cmne.da takde jodoh~huhu

iPai said...

eh abes tuh dah putus tunang ke belum ? macam belum je..