Saturday, July 23, 2011

StoryNory : Wedding of the year RM12 juta?? amik kau~

Assalamualaikum...........

Selamat pagi semua.............. Haa........Aku duk selak paper hari ni, terkeluar bijik mata.............Ha....amik kau................Semalam aku baca kat beautifulnara baru 7.6Juta depa ni nak kahwin...............Sekarang dah 12 juta.............Haissshhhh............bertuahnye badan............Hangpa baca la sendiri............jangan terkeluar bijik mata dah r......

KUALA LUMPUR: “Sukar untuk saya ucapkan dengan kata-kata kerana memang tidak sangka majlis resepsi kami di Kuala Lumpur nanti diangkat sebagai ‘Wedding Of The Year’.

“Sebenarnya, saya dan Memey menjangkakan majlis perkahwinan yang sederhana saja selepas pelbagai ujian dilalui dalam hubungan kami sebelum ini. “Apapun, saya sangat bersyukur dengan penghargaan Rafflesia The Pearl Centre selaku penaja utama dengan penaja lain sekali gus menganggapnya sebagai rezeki dari Tuhan,” kata pelakon Norman Hakim.

Norman dan memey (dialog rekaan semata.Harap Maklum)

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 35, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah tajaan keseluruhan majlis resepsinya bernilai lebih RM12 juta. Selain Rafflesia, majlis resepsi Norman dan tunangnya Memey membabitkan beberapa penaja iaitu Profesor Datuk Jimmy Choo yang menaja dua kasut, Snips, Lord’s Tailor dan Hotel Crowne Plaza Mutiara. Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 23, mengakui cukup bertuah kerana berpeluang menggayakan kasut sentuhan pereka terkenal dunia seperti Jimmy Choo yang pernah mencipta kasut untuk mendiang Puteri Diana, keluarga diraja serta selebriti Hollywood. “Ia bagaikan mimpi menjadi nyata kerana saya dapat memakai rekaan Jimmy Choo pada majlis resepsi nanti. Saya difahamkan satu-satunya artis dari Malaysia yang dapat sentuhan beliau pada hari bersejarah.

“Pada mulanya sukar untuk saya mempercayai semua ini kerana ia berlaku tanpa dijangka,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur di sini, semalam. Majlis resepsi Norman dan Memey akan berlangsung di di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur pada 28 September ini.


Menurut perancang perkahwinan mereka, Bill Bora, Memey bakal menggayakan dua gaun bertatah mutiara berharga RM500,000 setiap satu untuk persandingan dan memotong kek perkahwinan.


“Harga gaun itu mengalahkan gaun persandingan yang pernah dipakai penyanyi nombor satu, Datuk Siti Nurhaliza berharga RM400,000.

“Memey juga bakal menggayakan dua kasut rekaan eksklusif Jimmy Choo yang berharga lebih RM300,000 setiap satu dan ia satu-satunya rekaan yang dicipta di dunia. Selain itu, Memey bakal menggayakan dua set perhiasan jenama Rafflesia iaitu anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara bernilai RM5.6 juta yang setiap satu berharga RM2.8 juta.


“Selain itu, majlis ini akan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada selebriti dan wakil media serta bakal dihiburkan dengan persembahan artis tempatan dan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Memey dan Norman akan melangsungkan pernikahan di kediaman keluarga Memey selepas solat Asar di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada 24 September ini disusuli majlis persandingan keesokan harinya.

Sumber : Harian Metro

21 pasang kasut tumit tinggi:

Nurul Ezlyne said...

uuu,, byk tu. haha. biar betol smpai 12 juta ni? hahaha

Ezad Skytech said...

walaupun ditaja..tapi nampak mcm terlalu membazir..12 juta tu...bukannya sikit..huhu...entah la..haha~

nur said...

hehe.. sama lak entry..
aa mula-mula 7.2 juta
ni dah naik 12 juta..
mak aii..
makcik kayo..


ALL IN ONE

JOM TENGOK GAMBAR BEST!!
JOM KE: ALL IN ONE

.fahmi. said...

owh...ditaja..bukn la gna duit sendiri kan?

um....tak payah la nk mnunjuk sgt...

IMANSHAH said...

1 malaysia u kecoh

Haslinda Ariffin said...

Giler bangga komen dr Norman n Memey eaa..
Siap ckp 1st artis dpt sentuhan Jimmy Choo...and kalahkan Siti..ish2...
Tp kt bole tgkkn..wedding of the year tahan berapa lama?
Cbe tgk Erra..wedding of the yr dgn Yusry dlu..at de end..
12juta tu bole la derma kat org2 miskin ..lg2 nak smbut puasa n raya kn..

FasiHaH SupiaN said...

wat umah dah cantik dah tuee....fuhh

Anif Abdullah| AA said...

Adehh.. leh beli Myvi 10 ketul woo.HAHA

tia @ Ini Kisah Tia said...

bertuah badan ..

Cik Meyo said...

bapak ahhhhhhhhhhh ! baik derma duit tu lagi bagos.

Tentang Kita said...

bkn sedikit jumlah tu, main juta2.aper yg penting kerukunan dlm rumahtangga,

ummiSZ said...

mcm melampau sgt la smpai 12 juta xD

Nadya O'Conner said...

pergh...giler...

ツ miss nadya punyer blog ツ

♥ cik kieranaa ♥ said...

orang taja kannn..
haha. propa2. ish...nnt abby lawan ler dorg ni,..haha

Asyieq-iN Rkey said...

kene taja sampai 12 juta....hebah satu malaya..aiyoyo..kalau cerai gak pasneh...tatau nak kate ape....

Syuxer said...

emmm sejarah sudah tercatat..perkhawinan of the year apa2pun selalunya berakhir ngan penceraian..aishhh..mintak2la badi tak kena kat dorang hehe..apapun selamat pengantin baru..jangan berlagak ngat...kan Allah s.w.t tarik blik kekayaan tuh,baru tau heheh..wat sederhana sudah..hahah emo pulak syuk hehe

Aida Azryn said...

dasat betol depa ni. -_____________-"

sergeant keroro said...

hahaha, kawen mahal-mahal, pastu tak sampai sebulan cerai :P

Kalamhati said...

takde plak org nak sposor renovate rumah2 anak yatim yanh daif or bg je duit 12juta tu ke mana2 badan kebajikan kan..rasanya mcm membazir sgt..huhu

Deeba Debab said...

bertuah badan :D

iPai said...

pergh .. balas dendam ke hape tuh 12 juta ..

ala, sponsor boleh laa kan ..

ap lg soly, nanti awak kawin awak anta surat2 kat company kasi sponsor awak punya wedding ..