APA KATA NURSUHAILA
SAYA tidak akan kembali semula kepada Jimmy walaupun dia sudah berubah. Tetapi, saya maafkan kesalahan dia.
Saya tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadap saya.
Saya bercakap pada sidang media yang diadakan ini (semalam) untuk menjawab segala kontroversi hubungan kami, termasuk yang terbaru membabitkan majlis cukur jambul bayi kami.
Saya sudah tidak tahan dengan sikap Jimmy yang meraih simpati mengenai krisis rumah tangga kami di media.
Bagi saya, dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik. Dia hanya memberikan wang nafkah kepada saya ketika saya mengandung, itupun hanya RM300 sebulan dan tidak cukup untuk menampung ubat dan pemeriksaan lain.
Selain itu, antara faktor lain saya enggan kembali kepada Jimmy ialah kerana dia sering memukul dan menampar pipi saya hanya kerana pergaduhan kecil.
Malah, sebelum malam perkahwinan pun saya ditampar apabila meminta izin untuk keluar berjumpa rakan.
Selain itu, saya turut dikasari ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand, hanya kerana pergaduhan kecil.
Tapi, saya mengakui saya seorang yang bersifat kasar dan sudah menjelaskan kepada Jimmy sebelum berkahwin tetapi dia sudi menerima saya seadanya.
Bagaimanapun, tindakan Jimmy mengasari saya menyebabkan saya tidak mampu bertahan, apalagi apabila saya dikongkong dan disuruh tidur jam 9 malam dan tidak boleh melayari laman sembang sosial.
SAYA tidak akan sewenang-wenang menceraikan dia kerana apa yang saya lakukan selama ini adalah tanggung jawab sebagai suami dan talak terletak di tangan lelaki.
Sebagai isteri, Nursuhaila harus patuh pada perintah dan arahan saya dan jika ingkar, dia tidak akan mencium bau syurga.
Selepas berkahwin apa yang saya harapkan ialah selepas seharian penat bekerja, dapat meluangkan masa bersama isteri dan mahu diberikan layanan sebaiknya dari seorang wanita bergelar isteri.
Tanpa alasan munasabah, saya tidak akan sesekali menceraikan isteri saya dan sekiranya saya gagal dalam prosiding mahkamah pada kali ini, saya akan berusaha mendapatkan hak penjagaan anak.
Saya mengakui tidak membenarkan dia menemui rakan sebelum malam perkahwinan dan meminta Nursuhaila hanya berehat di rumah, namun dia tetap berdegil.
Tindakannya ingin bertemu rakan menyebabkan saya hilang kawalan dan menamparnya.
Begitu juga sewaktu di Koh Samui tetapi selepas itu saya tidak melakukannya lagi. Saya juga berjanji untuk menjaganya selepas kahwin dan dia juga pernah berjanji kepada saya untuk berubah.
Selain itu, saya berpendapat, ibu bapa seharusnya tidak campur tangan dalam masalah rumah tangga anak-anak kerana campur tangan itu akan menyebabkan keadaan semakin tegang.
Saya cuba berkomunikasi secara baik dengan Nursuhaila, malangnya dia hanya berdiam diri dan tidak mahu menjawab SMS atau panggilan telefon.
Saya cuba bertanya kepada ibu keadaannya dan memberitahu ibunya bahawa saya cuba berbincang mengenai masalah yang dihadapi, itu saja.
Sumber : myMetro
25 pasang kasut tumit tinggi:
susah hidup rumah tangga kalau takder persefahaman ni.....harap akan settel dengan aman kisah mereka ni
Jimmy terus tampil bagi keterangan.
Aku salute la Jimmy.
Rasa nyer Jimmy lagi betol
But who knows la
wifey die macam nak bersosial je kojenya mmg kene penampo la!
betul ke jimy suke pukul2 . . ish3 . .
ce cepat komen kalau tak nak kena pnmpor ngan soly...hehe gurau2 je =)
Adeh, macem-macem.. =D
huhu..x tawu dah yg mane btol..
asyik nak keluar je...
haha. tea serius tak percaya ckp bini dia. pehliss laa. >.<
sebenarnya mana2 pn takleh caya. p la setel sendiri. media ni kasi gempak cite jeh.
tak taw la yang mana..tapi aku tetap sokong jimmy!
nape xkuarkan statement ni dr dl lagi?
dh xtau sape btl sape slh...lantak korang la..
mcm ni la bila hal rumah tangga diberitahu media. dua2 gaduh..dua2 nak menang.
jimi : aku rasa patut nye dia kena faham isteri dia tu kasar.. jimi kena wat cara lain.. slow2.. bukan terus2 nak tampar2.. adui2
suhaila : dah taw ko dah kawen nk bersosial jugak? pe kes??
hurmmm... kang kerana 2 org makhluk ni org lain lak yg teremo.. huhu
aish...main tampor2..
mn satu yg betul ni..
ish3.. sape yang betul sebenarnye ni? macam2 hal..
jimmy pun satu...suke tampar2...xelok la camtu...
si isteri pulak gatal nak keluar malam sebelom kawin kenape?? nampak yang die xberape nak gembire kawin ngan jimmy..sure jimmy terase...
kawan yang ajak die kuar tu pun satu...name pun kawin..ko pegi la rumah pengantin tu..bukan ajak keluar..
owh mengarut laa sume nie~ dem*
mcm2 artis skang..kawen buat maen2..
bengong betoi
tak suka lah kes Jimmy ni.. dah isterinya x suka, buat apa nak paksa...
Adui la.. malu la..
xtau mane btl yg mane salah...
tak tau la pihak mana yg benar, pihak mana yg salah...ALLAH MAHA MENGETAHUI
hu.. no komen la..
sb kb tak tau ape sebenarnya yg terjadi kat rumah tga dia..
dan kb tak berani bg pendapat.. :)
macam2 lah artis ni adoiyaiii ..wallahualam
owh macam tuh ke kes ye .. baru je terbaca .. sebelum ni tak follow pon ..
haish kesian laa kat baby tuh .. masing2 berubah takleh ke .. hadooiyai
Post a Comment