Wednesday, August 3, 2011

AWAS.....dalam sosej ada DNA babi........

KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.


Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.


“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.


Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/KesanDNAbabi/Article

20 pasang kasut tumit tinggi:

Anif Abdullah| AA said...

bahaya nih..hope pihak berwajib bertindak lebih tegas kan?huu

zeeck said...

ish siot*

siti kektus said...

aish. macam2 la yg di buat nak kaut ni. -_-'

mizzkechique said...

euwww...seb bek bkn peminat sosej...

ir yien 9897 said...

alar..yien dah lah suka makan sosej..
sangat bahaya... :(

iyan shazlind said...

erkk..

Cik RoSs said...

Peniaga nak untung je.Beli sosej yang murah.Cube la beli sosej yang keluaran Ramly ke..Ayam Dinding ke..

Mai join bloglist saya...

http://rossmerahjingga.blogspot.com/2011/08/saya-mau-join-bloglist-cik-ross.html

Luqeem™ said...

bhya skrng ni..bnda yg berasaskan daging ni kena cek btul2..

HAI in HD said...

cite kalau tak silap dah ade dah dulu. tapi biasela kan. sistem tak mantap. :D

anismelon said...

eeuwww..tapi sume makanan cam nie ade baby baby kan..tah le..

Anak Wak Mail said...

macam2lah..bahaya betul.kalau tak de tanda halal baik jangan beli..=)

Afuan Shah said...

ewww~
apa masalah?? elakkan makanan shubhah :)

BeloG MTT said...

Ya allah.. Biar betulllll ! =..='

asamasin said...

uit..xnk la..geli aku!!

sergeant keroro said...

bahaya tol, huhu

syarifahsidrus said...

bahaya2..semua kena hati2 kan

Elih Japahar said...

Tanak makan sosej lagi dah...!fullstop hehe

Tea Dno said...

takut makan bukan2 skang. ohh patut la gemok semacam je kot. huhuhh. maksud i, ayam. huhuhh.

tia @ Ini Kisah Tia said...

mak aihhhh . bahayaaaa !!

iPai said...

ueww .. bahaya betul skrang