Monday, August 1, 2011

Bersahur Ketika Azan Subuh boleh kah??

Assalamualaikum..............

Alhamdulillah...........selesai sudah makan-makan sahur...... Sedikit perkongsian yang ingin aku kongsikan tentang sahur ni.........Ramai dah buat entry atau post tentang kelebihan sahur dan sebagainya........

Tapi, kali ni,aku tertarik dengan persoalan mengenai sahur ketika azan subuh ni............. Al-maklumlah, terlajak tidur ke, jam loceng tak berfungsi ke, takde orang nak kejutkan ke.......... Meh kite nengok fatwa yang dikeluarkan oleh Fatwa Muasyirah,Dr Yusuf Qardhawi mengenai hukum kalau bersahur ketika azan subuh........


Soalan:

Seseorang telah terlewat bangun bersahur kerana tertidur. Ketika sedang makan, dia terdengar azan Subuh. Mestikah dia bersegera berhenti makan sebaik saja mendengar azan atau pun meneruskan sahurnya sehingga tamat azan?

Jawapan:

Jika benarlah azan Subuh telah ditetapkan di dalam waktu tertentu mengikut takwim atau kalendar sesebuah negeri tempat dia berpuasa, wajiblah dia berhenti makan dan minum dengan segera sebaik sahaja mendengar azan Subuh. Jika ada makanan di dalam mulut, hendaklah dia mengeluarkannya.

Akan tetapi jika dia tahu ada beberapa minit lagi hendak habis waktu bersahur, atau sekurang-kurangnya dia syak begitu, dia boleh makan dan minum sehingga yakin fajar telah terbit.

Kini, kemudahan kalendar untuk mengetahui waktu Imsak ada di setiap rumah.

Seorang lelaki berkata kepada Ibnu Abbas r.a.:

"Saya sedang bersahur. Apabila saya syak, saya berimsak (berhenti bersahur)."

Ibnu Abbas berkata:

"Makanlah ketika engkau syak sehingga hilang syak engkau."

Imam Ahmad pula berkata: "Apabila engkau syak tentang fajar, makanlah sehingga engkau yakin terbitnya fajar."

Menurut Imam Nawawi, mereka yang berpegang dengan mazhab Syafii bersepakat mengharuskan makan ketika syak tentang terbitnya fajar. Dalilnya Allah telah mengharuskan makan dan minum pada waktu malam sehinggalah terbit fajar. Ini jelas sebagaimana firman-Nya:

"Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga jelas bagimu benang putih daripada benang hitam, iaitu fajar." AI-Baqarah:187

Dari sini jelaslah bahawa imsak itu satu waktu yang ditentukan sebelum terbit fajar. Namun begitu, tidak ada nas daripada kitab atau hadis tentangnya.

Fatwa Muasyirah
Dr Yusuf Qardhawi

14 pasang kasut tumit tinggi:

Unknown said...

jgn la sahur lewat sgt..hehe

apeez said...

Entri kita tuk pagi 1 Ramadhan ni cam serupa tapi tak sama. Huhuhu

http://duniaapeez.blogspot.com/2011/08/sahur-dengan-vitamin-b-kompleks-cukup.html

Abe Goreng said...

Haha.dh mcm ustzh dh mung soli.Heheh.
Slmt b,pose.:D

Update terbaru : Kisah Dobi Layan Diri!

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

persoalan terjawab..

syukran..d=>

MizzTina said...

4.30pg dh bgn utk sahur.. haha

azu said...

gud info. tp kalo bole mmg dekat2 azan subuh ja, azu stop makan, minum cepat2. Ragu2 takut dh msuk imsak. singgah2 ye!
http://azumie.blogspot.com/2011/08/kelebihan-bulan-ramadhan-yang-dilupakan.html

Emma said...

Selamat berpuasa jugak soly :P

Anak Wak Mail said...

seeloknya waktu imsak tu dah berhenti makan..setahu saya waktu imsak boleh makan lagi..tapi kena berjaga-jaga..=)

emarieys said...

standard bangun jam 4.30 pg utk bangun sahur

ct kektus said...

waktu matrik n u slalu lewat sahur. hehe

alarm tak kejut. sobs.

iPai said...

hee, kalau tak terbangun je laa ...

jangan wat hari2 plak kan .. uhuh

mawarseri said...

tq for e info, teruskan berkongsi ilmu berguna...

syarifahsidrus said...

baru tau..huhhu

Tea Dno said...

sila set jam untuk bangun awal, mengelakkan rasa was2 ni. :)