Tuesday, July 26, 2011

Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur

Assalamualaikum............

Belum tido lagi?? heee............ Sebelum ni, sy ade post entry yang bertajuk " kenapa perlu tutup aurat ketika tidur"....... Dalam banyak-banyak komen tu, komen dari seorang blogger ni menarik minat sy..............So, entri malam ni, sy share kan beberapa sunnah Nabi saw sebelum,ketika dan selepas tidur................. "selamat beramal"..........^___________^



Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.


Source : Nour Azliza Nazeri/PPSeni/USM

13 pasang kasut tumit tinggi:

Unknown said...

penah tahu sikit2 pasal ni. tapi tak pernah pulak amalkan. Selalu baca doa tidur aje. ehhee. tu la benda elok jarang org nak amalkan. isk isk.

Hafizin Jamil said...

terima kasih sos..

Zahirah said...

hehe, thanks~ :D

Unknown said...

ayie pernah bace juga pasal bnda nie..btw, nice sharing..incya-Allah bermanfaat..

Firdaus Life said...

terima kasih share info ni :)

Syazwan Che Deraman said...

good sharing!!.;)

Dzarief Zuhdi said...

best :D

Anyyss Shuhaimi said...

sblm tidur bce 3 kali surah al-ikhlas,3 kali selawat ke atas para nabi,3 kali istighfar untuk para muslimin,3 kali tasbih,tahmid,tahlil,dan takbir..wallahualam

lilypelangi said...

nice entri !

ley mnta share tak ? huhu

Mek Onie said...

perkongsian yang baik :D

cikal ananda said...

Assalamualaikum,,..

Mehmed - said...

kadang terlupa.terima kasih tolong ingatkan aku. ahaks!

lynda salim said...

like ! : budak main gila